Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam & adat Resam Melayu Pahang (MUIP) - 20 Mac 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam & adat Resam Melayu Pahang (MUIP) - 20 Mac 2018

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Ugama Islam & adat Resam Melayu Pahang (MUIP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Majlis Ugama Islam & adat Resam Melayu Pahang MUIP

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Ugama Islam & adat Resam Melayu Pahang

Pengenalan

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis  pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.
         
Pada 8 Mei 1974, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustai’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayattudin Al-Muadzam Shah ditabal menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang. Selaku Ketua Agama Negeri Pahang, Baginda telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis. Namun begitu, mulai 1 November 1984, Baginda Sultan telah melantik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua Majlis dan kekal menerajui Majlis sehingga hari ini.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Pahang
Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29

2. JURURAWAT MASYARAKAT U19

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

4. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11


Cara memohon:

Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau memuat turun Borang Jawatan Kosong melalui
Laman Web MUIP (http://www.muip.gov.my/.)

Semua permohonan hendaklah menyertakan SALINAN SIJIL YANG DISAHKAN mengikut kelayakan yang disyaratkan. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada:

TIMBALAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS),
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

• Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

• Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak Berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap perjawatan melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2018 (Selasa)

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam & adat Resam Melayu Pahang (MUIP) - 20 Mac 2018"

Post a Comment