Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) - 28 Mac 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) - 28 Mac 2018

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Cawangan.

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Sejarah

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967.

Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.


Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) N19 

Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang Institut Pendidikan Neo (iNED) http://www.ined.uitm.edu.my atau boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Neo (iNED) atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah:

Sila kembalikan borang permohonan yang telah lengkap ke:-

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KUALITI
INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED)
ARAS 2, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2018 (Rabu)

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) - 28 Mac 2018"

Post a Comment