Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) - 24 April 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) - 24 April 2018

Jawatan Kosong 2018 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

Jawatan Kosong 2017 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)


Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.



Like Page Khas - Kerja Kosong Sabah & Sarawak
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
Peti Surat 10998
88811 KOTA KINABALU

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - sijil Asal (Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan pemohon / Kad Pengenalan kedua ibubapa [Sijil Mati jika berkaitan] / Sijil-sijil Akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 April 2018


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Melalui Online

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) - 24 April 2018"

Post a Comment