Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 31 May 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 31 May 2018

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) www.banyakjawatan.my

Latar Belakang

Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan.

Pada era 60an hingga akhir 80an, Kuala Langat juga terkenal dengan kesibukkan perlombongan bijih timahnya. Kawasan timur yang berjiran dengan daerah Sepang adalah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan hanya diteroka pada sekitar 60an menyaksikan banyak kapal korek bersaiz besar dan moden dibina disitu. baca lagi..

Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

2. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19

3. PENGHANTAR NOTIS GRED N11

4. PEMBANTU AWAM GRED H11


Cara Memohon :

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperoleh dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Tarikh permohonan pada : 18 hingga 31 Mei 2018

6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 31 May 2018"

Post a Comment