Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 14 Jun 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 14 Jun 2018

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.



Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (DIPLOMA)
(pengkhususan bidang komunikasi dan/atau pengajian media)


Syarat kelayakan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(c) Diploma (pengkhususan bidang komunikasi dan/atau pengajian media) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

(e) keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki lesen memandu Kelas B2/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] serta mempunyai kenderaan sendiri; dan

(f) sihat tubuh badan.


Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN, NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2018 (Khamis)


Klik Maklumat Lanjut Iklan Jawatan

Klik Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 14 Jun 2018"

Post a Comment