Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Ketengah - 31 Julai 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Kolej Ketengah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Ketengah

Jawatan Kosong 2018 di Kolej Ketengah

Latar Belakang

Kolej Ketengah merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bernaung di bawah Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB) iaitu syarikat anak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kolej Ketengah menawarkan program-program akademik 'HOME-GROWN' pada peringkat Sijil dan Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat, Aplikasi Multimedia dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dengan menjalinkan usahasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) program pengajian peringkat Sarjana Pentedbiran Perniagaan telah dijalankan. Manakala pada tahun 2018 beberapa program seperti Diploma Perakaunan, Diploma Sumber Manusia dan Diploma Pemasaran akan dijalankan secara 'FRANCAIS' dengan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kolej Ketengah juga menjalankan kerjasama dengan pihak luar dalam  menawarkan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) selama 6 bulan dalam bidang Kimpalan 6G, Industri Safety Skills, Pemasangan Paip & Fitter, Insulasi Paip Gas, Oil & Gas Scalfolding. Program ini mendapat penajaan penuh daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Para Graduan yang tamat belajar hampir 90% mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.


Like Page Khas - Kerja Kosong Terengganu
Jawatan:

1. KAUNSELOR PENDIDIKAN

Syarat Lantikan:

a) Mempunyai sekurang-kurangnya satu kelayakan Akademik yang berikut :-

i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Boleh berkomunikasi (lisan dan bertulis) dengan lancar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

c) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

d) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

e) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

f) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

g) Keperibadian yang matang

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada pelanggan.


2. PUSTAKAWAN

Syarat Lantikan:

a) Mempunyai sekurang-kurangnya satu kelayakan Akademik yang berikut :-

Ijazah Sarjana Muda kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Boleh berkomunikasi (lisan dan bertulis) dengan lancar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

c) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

d) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

e) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

f) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

g) Keperibadian yang matang

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan.


Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon dan gambar bersaiz pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah atau melalui email : admin@kolejketengah.edu.my.

Ketua Pegawai Eksekutif
Kolej Ketengah
Bandar Al Muktafi Billah Shah
Jalan Sultan Sulaiman
23400 Dungun
Terengganu
Faks: 098223817

(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang berminat, walaubagaimanapun, hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga akan dihubungi)


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2018


Post a Comment