Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - 24 Julai 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - 24 Julai 2018

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Sejarah

KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan untuk membantu  mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di kawasan operasi KEDA.

Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan  kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial Baca lagi..


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kedah
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

2. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41

3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

6. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19

7. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV19

8. PEMBANTU OPERASI GRED N11

9. PEMBANTU AWAM GRED H11

10. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Cara memohon:

i) SEMUA permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KEDA yang boleh dilayari melalui laman web http://ejawatan.keda.gov.my. (Link admin sediakan di bawah)

ii) Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

Permohonan berikut akan ditolak:

i) Tidak lengkap atau tidak terang.

ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

iii) Diterima sebelum tarikh permohonan dibuka atau selepas tarikh tutup permohonan.


Catatan Am:

i) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii) Permohonan yang lewat dan sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini tidak akan dilayan.


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Julai 2018 (Selasa)


Klik Untuk Maklumat Iklan Jawatan

Klik Untuk Mohon Secara Online

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - 24 Julai 2018"

Post a Comment