Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS) - 24 Julai 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS)

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Kuala Selangor (MPKS)

Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994.

Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 / L44

2. ARKITEK J41

3. JURUUKUR BAHAN J41

4. AKAUNTAN WA41

5. PEGAWAI TADBIR N41

6. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

7. PENOLONG AKAUNTAN W29

8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

10. PEMBANTU PENILAIAN W19

11. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W36

12. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN U32

13. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N32

14. PEMANDU KENDERAAN H11


Cara Memohon:

a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dimuat turun dari portal rasmi seperti dinyatakan di atas;

b) Semua permohonan hendaklah disertakan Resume, Salinan PMR / SPM / STPM / Diploma, Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu & Bapa), Salinan Sijil Kelahiran, Salinan Sijil Tamat Persekolahan, Salinan Lesen Memandu (mana yang berkenaan) yang telah disahkan daripada salinan asal dan Sekeping Gambar Berukuran Pasport (Tidak Dikembalikan).

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan dimaklumkan kepada Ketua Jabatan;

d) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.


Alamat Permohonan:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Majlis
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
*Nota : sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Julai 2018 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Baca Cara Memohon

Post a Comment