Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) - 25 Julai 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Nilai (MPN)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Nilai (MPN)


Latar Belakang

MPN pada dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Seremban (ditubuhkan pada 1 Januari 1979) melalui penyusunan semula ke atas Enam (6) Penguasa Tempatan di Negeri Sembilan sek.3 (a) dan 3(b), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171

Majlis Tempatan Pajam (1957), Majlis Tempatan Mantin (1958), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Rantau (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959)

Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah Mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Negeri Sembilan
Jawatan:

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19

2. PEMANDU KENDERAAN H11


Cara-Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00.

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-

i) Salinan MyKad dan Salinan Sijil Lahir

ii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Salinan Lesen Memandu

iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang)  iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

3. Permohonan yang berikut akan ditolak :-

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

ii) tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA / IPTS untuk perkhidmatan     Awam (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php)

iii) tidak lengkap atau tidak terang;

iv) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

v) tidak menulis nombor MyKad dan nama jawatan yang di pohon;

vi) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; vii) tidak ditandatangani;

4. Alamat Jabatan  :

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai
No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai
Peti Surat No. 52
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.

5. Catatan Am (PENTING - SILA AMBIL PERHATIAN) :-

a) Hanya calon yang  layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Calon-calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa panggilan Ujian Fizikal dan panggilan Temu Duga di laman web MPN www.mpn.gov.my.

b) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri ujian fizikal dan temu duga kelak tidak akan ditanggung oleh MPN; 

c) Permohonan  yang  tidak menerima  apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan  dari tarikh  tutup  iklan  adalah  dianggap  tidak  berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

d) Semua SALINAN SIJIL TIDAK PERLU DISAHKAN oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai 2018 (Rabu)



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment