Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) - 10 Julai 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) - 10 Julai 2018

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Visi

Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif

Misi

Mempromosikan Enterpris Malaysia ke Pasaran Dunia

Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:

Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;

Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;

Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Julai 2018 (Selasa) sebelum jam 2.00 petang


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) - 10 Julai 2018"

Post a Comment