Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 1 Ogos 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Jawatan Kosong 2017 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) www.banyakjawatan.my

Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003. Baca lagi..



Jawatan:

1. KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48 
BAHAGIAN HAKEKONOMI, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN


Syarat Kelayakan:

i. Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang Undang- undang, Sains Sosial atau mana-mana bidang setaraf dari universiti dan pusat pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

ii. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan adalah satu kelebihan kepada calon;

iii. Memiliki pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang penyelidikan, pentadbiran dan kewangan;

iv. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

v. Mempunyai kemahiran dalam penulisan laporan dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

vi. Mampu bekerja secara berpasukan dan di bawah penyeliaan yang minimal.


Cara memohon:

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri (resume) beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 01 Ogos 2018 (Rabu) kepada:

Unit Sumber Manusia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Pejabat Pengerusi SUHAKAM
Tingkat 12, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment