Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 31 Julai 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.


Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,205.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji Permulaan : RM1,205.00); dan

b) Syarat Lantikan Tambahan - mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a (i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web www.btu.upm.edu.my. (Link admin sediakan di bawah)

Perhatian:

Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2018 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Secara Online

Post a Comment