Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Islam Negeri Kedah - 31 Julai 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Yayasan Islam Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Islam Negeri Kedah

Jawatan Kosong 2018 di Yayasan Islam Negeri Kedah

Latar Belakang

Penubuhan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) bermula dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk mengadakan satu kumpulan wang (tabung) biasiswa Pelajaran Ugama pada tahun 1965. Oleh kerana pada masa itu telah ada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah maka perjalanan tabung biasiswa untuk pelajaran agama ditadbirkan di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah sehinggalah pada 16hb. November 1975, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan penubuhan YINK. Enakmen penubuhan YINK iaitu Enakmen Bil. 10 Tahun 1976 dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dalam persidangannya pada 23hb. Mei 1976. Enakmen ini diwartakan pada 27hb. Julai 1976.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kedah
Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED WA41


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut :

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang dari 18 tahun, pada tarikh tutup iklan jawatan yang dihebahkan oleh YINK.

Memiliki ijazah sarjana muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan dari intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred WA41 ialah RM2,820.00), atau

Lulus peperiksaan akhir Badan-Badan lkhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred WA41 ialah RM2,820.00), atau

Lulus peperiksaan kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MlA). (Gaji permulaan pada Gred WA41 ialah RM2,820.00)

Lulus peperiksaan online Akauntan WA41 yang telah ditetapkan oleh SPA (ika perlu).

Calon juga hendaklah sekurang-kurangnya memiliki kepujian gred C dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Persekolahan Malaysia(SPM) / Sijil Vokasional Malaysia serta kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.


Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Akauntan Gred WA47, WASi ATAU WA53:

Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan

Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh ketua jabatan/perkhidmatan

Gaji permulaan pada Gred WA47 ialah RMs,161.00 / Gaji permulaan pada Gred WA51 ialah RM5,795.00 / Gaji permulaan pada Gred WA53 ialah RM6,122.00 ).


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

Mempunyai kelayakan akademik sepertimana di syarat lantikan di atas, dan

Had umur perlantikan untuk KPSL:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


Umur:

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari '18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan KPSL hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan


*Sila baca maklumat penuh kelayakan dan cara membuat permohonan melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2018 (Selasa)


Klik Untuk Muatturun Maklumat Perjawatan

Post a Comment