Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Arkib Negara Malaysia - 29 Julai 2018 [8 Kekosongan] - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Arkib Negara Malaysia - 29 Julai 2018 [8 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2018 di Jabatan Arkib Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Arkib Negara Malaysia

Jawatan Kosong Kerajaan 2018 di Jabatan Arkib Negara Malaysia

Ringkasan Sejarah Penubuhan Arkib Negara Malaysia

Ditubuhkan pada 1.12.1957 sebagai pejabat Rekod Awam. 1963 dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia. 1966 akta Arkib Negara No.44, Tahun 1966 diluluskan. 1966 bangunan Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya dirasmikan. 1982 Arkib Negara Malaysia berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. 2003 Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) diluluskan. 2004 Arkib Negara Malaysia diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Pengurusan Rekod Kerajaan.



Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SVM/SKM

1. PEMBANTU ARKIB GRED S19 - 8 Kekosongan


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Arkib Negara Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Julai 2018 (Ahad) jam 11:59 malam

0 Response to "Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Arkib Negara Malaysia - 29 Julai 2018 [8 Kekosongan]"

Post a Comment