Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - 14 Ogos 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2018 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Sejarah 

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.



Jawatan:

1. JURUTERA, PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 1 Kekosongan

2. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG JURUTERA, PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 2 Kekosongan

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - 2 Kekosongan

5. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19 - 1 Kekosongan


Cara memohon:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my. (admin sediakan link di bawah)

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3678/3679/3680/3681. Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03- 7968 2236.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2018 (Selasa) jam 4.00 petang.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Klik Iklan Lengkap & Mohon Secara

Post a Comment