Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 9 September 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)


Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kedah
Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L52


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda UndangUndang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examintation).

(1.3) Syarat Kelayakan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Pengisian di Unit Undang-Undang - Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang perundangan).


Cara Memohon:

4.1 Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan termasuk salinan sijil ujian lisan Bahasa Melayu (SPM) dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Calon juga perlu mengemukakan curriculum vitae (CV) dan maklumat gaji yang dipohon ke alamat email jobs@lada.gov.my.

4.2 Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

(5) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 September 2018 (Ahad)


Klik Untuk Muatturun Maklumat Perjawatan

Post a Comment