Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) - 30 Ogos 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Latar Belakang

Majlis Daerah Kinta Barat (MDKB) ditubuhkan pada 01 September 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pada 26 Mac 2009, MDKB ditukar nama kepada Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).  Keluasan kawasan pentadbiran MDBG sehingga Disember 2017 berjumlah lebih kurang 67,470 hektar  dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 133,422 orang. Pusat Pentadbiran MDBG terletak di Bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu Pekan Pusing, Pekan Tronoh dan Pekan Tg. Tualang. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran disamping melaksanakan kawalan yang lebih komited ke atas segala aspek pembersihan dan pembangunan bandar.

Sebagai sebuah organisasi yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), MDBG juga bertanggungjawab di dalam Perancangan dan Pembangunan kawasan pentadbirannya bagi mewujudkan dan melahirkan satu corak kehidupan masyarakat yang sejahtera, berbudaya, dan berilmu demi menuju ke arah alaf  akan datang. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah meliputi lima mukim iaitu Sg. Terap, Belanja, Tg.Tualang, dan sebahagian Sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan pentadbiran utama ialah di Batu Gajah dimana terletaknya pejabat MDBG di Jalan Hj Abd Wahab, manakala bandar lain pula ialah Tg.Tualang, Pusing, Tronoh, Papan, Sg. Durian, Siputeh dan Sg.Raia.



Like Page Khas - Kerja Kosong di Perak
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (PERAKAUNAN) GRED N41


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia; (b)  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan (c)            (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  atau ;

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau ;

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA). [Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c)(ii) adalah seperti di Lampiran B3A].


Syarat Kelayakan:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Perhatian Kepada Pemohon:

(a) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihakMajlis Daerah Batu Gajah.

(d) Borang permohonan boleh dmuat turun melalui http://www.mdbg.gov.my atau di Jabatan Khidmat Pengurusan, Pejabat MDBG.

(e) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
JALAN HAJI ABDUL WAHAB
31000 BATU GAJAH
PERAK


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2018 (Khamis)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment