Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 7 September 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 7 September 2018

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Latar Belakang

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.


Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29 

3. JURUTERAPI PERGIGIAN U29 

4. PEMANDU KENDERAAN H11 

5. PEMBANTU OPERASI N11

6. PENGAWAL KESELAMATAN (WANITA) KP11


Cara Memohon:

Permohonan jawatan ini boleh dibuat melalui laman web e-recuitment di capaian http://erecruitment.upnm.edu.my/ atau melalui link yang admin sediakan di bawah. Sila isi semua maklumat yang terdapat di dalam borang permohonan dan mohon untuk disertakan dokumen sokongan.

Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 07 September 2018 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Akademik

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 7 September 2018"

Post a Comment