Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 21 Ogos 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.


Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Fizik/Kimia/Biologi pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (c) Gaji Minimum : RM54.00 sehari


Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut;

i. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Fizik/Kimia/Biologi dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

ii. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Fizik/Kimia/Biologi dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

iii. memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


Syarat Lain:

(a) Calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun;

(b) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

(c) Keutamaan kepada calon aliran Sains Tulen, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

(d) Keutamaan kepada calon dari Bintulu, Sarawak.


Cara Memohon:

Lengkapkan Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) beserta gambar berukuran paspot terkini dan juga salinan kad pengenalan dan sijil SPM atau pengajian lengkap dengan transkrip ke alamat yang berikut:

KETUA PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
TINGKAT 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
PETI SURAT 396, JALAN NYABAU
97008 BINTULU, SARAWAK.

(JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN)


atau boleh diemel ke sambilanbtu@upm.edu.my


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan berhubung iklan boleh diajukan kepada pegawai berikut:

i. Puan Asimah Binti Upit
No. Telefon Pejabat : 086-855672
Emel   : sambilanbtu@upm.edu.my


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Ogos 2018 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Secara Online

Post a Comment