Jawatan Kosong Kerajaan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) - 19 Ogos 2018 [322 Kekosongan] - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong Kerajaan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) - 19 Ogos 2018 [322 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2018 di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)

Jawatan Kosong Kerajaan 2018 di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)

Latar Belakang

Pegawai Keselamatan Kerajaan telah dilantik untuk bertanggungjwab kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri melalui terma rujukan Pegawai Keselamatan Kerajaan bertarikh 15 Jun 1957 dan "Confidential General Circular No. 1, of 1958, Goverment Security Officer, Federation of Malaya". Tugas utama jawatan ini ialah memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan. Pejabat ini telah berpindah ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri apabila kementerian tersebut di tubuhkan pada awal tahun 1960an. Pejabat ini telah sekali lagi berpindah semula ke Jabatan Perdana Menteri mulai pada 1 Januari 1977 hinggalah sekarang untuk melaksanakan semula tugas dan tanggungjawab berkaitan keselamatan perlindungan seperti mana di tetapkan.


Kerja Kosong Kerajaan
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SRP/PMR/PT3

1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Jumlah kekosongan : 277 Kekosongan


KELULUSAN MINIMUM: SPM/SVM/SKM

1. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19

Jumlah kekosongan : 45 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Ogos 2018 (Ahad) jam 11:59 malam

0 Response to "Jawatan Kosong Kerajaan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) - 19 Ogos 2018 [322 Kekosongan]"

Post a Comment