Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - 4 Oktober 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - 4 Oktober 2018

Jawatan Kosong 2018 di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)


Sejarah

Sejarah berkembangnya AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah bermulanya Bank Grameen adalah apabila Dr Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan.

Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu, Prof. Yunus mencadangkan bahawa jika golongan miskin ini diberi suntikan modal pada masa dan situasi yang betul pasti akan dapat membina sebuah pembangunan yang pesat.



Jawatan:

1. Pegawai Eksekutif (Pejabat Pengarah Urusan)


Kelayakan:

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Berpengalaman kerja 1-3 tahun dalam bidang pentadbiran adalah satu kelebihan;

Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu;

Mahir menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft Power Point;

Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;

Boleh bekerja lebih masa, bekerja berseorangan dan mempunyai ketahanan diri menghadapi cabaran;


Skop Kerja:

Membantu Pengarah Urusan dalam menyelaras Program-Program AIM diperingkat Ibu Pejabat, Zon, Wilayah & Cawangan

Menyelaras jadual kerja Pengarah Urusan

Menyemak dan mengeluarkan surat-surat atas arahan Pengarah Urusan

Menyediakan bahan-bahan bantuan / rujukan dalam mengendali program dan mesyuarat kepada Pengarah Urusan

Menyediakan kertas kerja, minit mesyuarat dan laporan tahunan kepada Pengarah Urusan

Menjadi "liaison officer" di antara pihak Pengurusan


*Sila baca syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan :  04 Oktober 2018

2 Responses to "Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - 4 Oktober 2018"