Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 1 Oktober 2018 [58 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

Sejarah

Asas pentadbiran Bandar Kuala Terengganu bermula dengan terbentuknya sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan yang dikenali sebagai Jumaah Bandaran Kuala Terengganu. Pentadbiran Bandar Kuala Terengganu kemudiannya diletakkan di bawah Majlis Perbandaran Kuala Terengganu pada tahun 1979. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan persekitaran Kuala Terengganu dengan menyediakan kemudahan prasarana moden dan perkhidmatan yang berkesan bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan hidup warganya.

Meskipun penduduknya amat sinonim dengan aktiviti perikanan namun kegiatan ekonomi lain turut berkembang maju terutama kegiatan pertanian, pembuatan kraftangan seperti tembaga, songket, sutera, batik dan pembuatan bot tradisional. Keunikan seni budaya tradisional dan kreativiti kemahiran seni ukiran warisan penduduk Kuala Terengganu sejak berzaman telah menyumbang kepada industri perlancongan Negeri Terengganu.

Keindahan alam semula jadi anugerah Ilahi di bumi bertuah ini amat mengagumkan. Situasi ini merupakan aset yang tidak ternilai dan telah menjadikan Kuala Terengganu destinasi pelancongan yang terkenal. Penganjuran Piala Monsoon atau ‘The Formula One of Sailing’ yang merupakan siri pelayaran profesional mulai tahun 2005 menjadikan bandar ini dikenali oleh masyarakat antarabangsa.


Like Page Khas - Kerja Kosong Terengganu
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 5 Kekosongan

2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19 - 20 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W19 - 4 Kekosongan

4. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 - 29 Kekosongan


Syarat-syarat Lantikan Bagi Semua Jawatan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i) Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja);

ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan


Cara Memohon:

Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan akademik mengikut skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian  melalui pautan berikut : http://online.mbkt.gov.my/kerjaya/

Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan secara atas talian. Sila cetak borang permohonan daripada sistem tersebut dan hantar melalui ketua jabatan dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut dan dihantar ke alamat berikut:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 - 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. :  Jabatan Khidmat Pengurusan)

Sekiranya mempunyai kemusykilan tentang permohonan, boleh terus menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MBKT di talian no. 09-6271287, 09-6271117 atau 09-6271107.
Tarikh Tutup Permohonan: .


Temuduga diadakan pada : 01 Oktober  2018 (Isnin)


Sila rujuk iklan selanjutnya melalui link yang admin sediakan di bawah. Selamat maju jaya.


Post a Comment