Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 1 Oktober 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia

Jawatan Kosong 2018 di Parlimen Malaysia

Latar Belakang

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kuala Lumpur
Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED 48


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

3.1 Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3.2 Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa/ Sains Kemanusiaan dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3.3 Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam bidang penyelidikan Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa/ Sains Kemanusiaan dan lain-lain bidang yang berkaitan serta juga pernah menerbitkan/ menulis apa-apa journal atau hasil penyelidikan;

3.4 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

3.5 Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian-perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan; dan

3.6 Keutamaan akan diberikan kepada calon seperti berikut:   i) memiliki Ijazah Sarjana dan mempunyai pengalaman penyelidikan dalam bidang Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa/ Sains Kemanusiaan; dan        ii)  Fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup : 01 Oktober 2018 (Isnin)

Post a Comment