Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 30 September 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 30 September 2018

Jawatan Kosong 2018 di Tenaga Nasional Berhad (TNB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad

Jawatan Kosong 2017 di Tenaga Nasional Berhad (TNB)


Company Overview

Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional; TENA, MYX: 5347) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV



Jawatan:

1. Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa (Kontrak)


Syarat & Kelayakan:

Warganegara Malaysia.(Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)

Memiliki Sijil Penjaga Jentera (AO atau A1) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau pemegang Sijil Pendawaian (PW2 / PW3 / PW4) atau

Pemegang Sijil Kejuruteraan Elektrik atau Elektrik & Elektronik dari Institusi Pengajian yang diiktiraf dan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.00

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) dengan lulus matapelajaran berikut :

1. Bahasa Malaysia
2. Matematik atau Sains

Nota : Sila pastikan maklumat akademik tuan (SPM beserta dengan maklumat pelajaran dan kelayakan akademik lain seperti Ijazah/Diploma/Sijil dikemaskini dengan lengkap. Maklumat yang tidak lengkap tidak akan disenarai pendek ke sisi pemilihan.

Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Tidak rabun warna.

Tidak merokok/sebarang bentuk rokok elektronik

Berumur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2018

Boleh bekerja dalam satu pasukan.

Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.


*Sila baca maklumat lain sebelum memohon melalui link yang disediakan di bawah


Tarikh tutup permohonan :  30 September 2018

0 Response to "Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 30 September 2018"

Post a Comment