Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 26 Oktober 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Info LPPKN

Untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan penduduk yang berkualiti.

Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta 352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program kependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia



Jawatan:

1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S4


Syarat Lantikan :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

c) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa / Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vakasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.

e) Gaji = RM100.00 / sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas);


Cara Memohon :

i) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my

ii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan ditolak.

iii) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.

iv) Sila guna borang berasingan jika memohon lebih dari satu jawatan. Tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat bersaiz A4 (225mm x 320 mm) dan alamatkan kepada :

Unit Pentadbiran Am dan Perhubungan Awam
Pusat Keluarga LPPKN Negeri Selangor
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16
Peti Surat 7080, 40702 Shah Alam
Selangor.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Oktober 2018 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment