Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 22 November 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 22 November 2018

Jawatan Kosong 2018 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Jawatan Kosong 2018 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kuala Lumpur
Jawatan:

1. PUSTAKAWAN (GRED S48/S52/S54)


Syarat Lantikan:

(a)  Wargnegara Malaysia;

(b)  Berumur  tidak  kurang  daripada  35  tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)  Merupakan pemegang:

(i) ljazah  Sarjana  Muda  (Kepujian)  Sains Pengajian      Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(ii)  ljazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada lnstitusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(d) Kepujian bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred  C termasuk  lulus  Ujian  Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(e) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada sepuluh (10) tahun dalam bidang berkenaan;

(f) Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman sebagai kurator perpustakaan dan mengurus koleksi khas seperti koleksi nadir/etika/tamadun Islam; dan


(g) Keutamaan   diberikan    kepada   calon   yang berkemahiran dalam Bahasa lnggeris, Arab dan bahasa-bahasa ilmiah/antarabangsa yang lain.


Bidang Tugas:

(a)  Merancang  dan  mengetuai  Unit  Perpustakaan IKIM, menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pemuliharaan koleksi nadir tamadun Islam, bertindak selaku “kurator perpustakaan” dan perkara-perkara yang berkaitan.

(b) Merancang   dan   mengumpul   koleksi   untuk hebahan, promosi dan pameran serta menyediakan sebarang penulisan yang berkaitan dengan urusan tersebut.

(c)  Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi secara sistematik dan menyimpan data-data hasil penerbitan dan penyelidikan IKIM dengan teratur sebagai bahan rujukan termasuk secara elektronik digital.


Cara Permohonan:

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya     diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad  pengenalan,  sijil  kelahiran,  slip  gaji  terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak  dikembalikan)  melalui pos atau serahan tangan kepada:

lnstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
Tel: 03-62046303 / 6304
(u.p: Unit Sumber Manusia)

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri bahagian atas sampul surat. sebelum  atau selewat-lewatnya pada  22 November 2018.

Perokok adalah tidak digalakkan untuk memohon.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Pihak berkuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2018 (Khamis)

0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 22 November 2018"

Post a Comment