Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) - 13 Disember 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) - 13 Disember 2018

Jawatan Kosong 2018 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Jawatan Kosong 2018 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Latar Belakang

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
(Seluruh Malaysia)


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam  bidang  berkaitan yang diiktiraf  oleh Kerajaan daripada Institusi   Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM 1,770.95)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tabdir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai        yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel serta pengurusan pentadbiran pejabat.


Cara Memohon:

i) Semua permohonan hendaklah dibuat secara online melalui Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan) sepenuhnya dengan melayari http://ejawatan.mardi.gov.my/ 

a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI  (e-jawatan) b. Memohon jawatan yang berkaitan

ii) Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan sekeping gambar terkini/formal berukuran passport seperti yang ditetapkan.

iii) Mengemukakan maklumat untuk dihubungi (nombor telefon dan emel) yang terkini.

iv) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 13 Disember 2018 (Khamis)

0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) - 13 Disember 2018"

Post a Comment