Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) - 4 Januari 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) - 4 Januari 2018

Jawatan Kosong 2019 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)

Jawatan Kosong 2019 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)

Latar Belakang IYRES

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dilancarkan pada 15 Mei 2005 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 bersempena Hari Belia Negara dan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Penubuhan IYRES ini sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional Teras Ke-10 iaitu Teras Penyelidikan dan Pembangunan. Nama IPPBM dijenamakan kepada Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) pada 6 Februari 2014 oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. IYRES ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan. IYRES bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia. Di samping itu, IYRES juga bekerjasama, menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.



Jawatan:

1. PENGEKOD DATA (DATA ENTRY)


A. KRITERIA PEMILIHAN

Warganegara Malaysia;
Berumur di antara 18 Hingga 40 Tahun;
Mempunyai pengalaman sebagai pengekod data (data Entry);
Mahir Menggunakan “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS);
Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan sosial menjadi keutamaandalam pemilihan ini;
Berdisiplin, berdedikasi, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan;
Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.


B. PANDUAN PENGEKOD DATA BAGI KAJIAN INDEKS BELIA SARAWAK

Sila muat turun Panduan Pengekod Data disini


Calon yang berminat dan berkelayakan, anda boleh mendaftar butiran anda pada borang yang disediakan (Sila MUAT TURUN BORANG disini)


Sila emailkan borang permohonan tersebut kepada rizal@iyres.gov.my/azeem@iyres.gov.my. Calon yang berjaya, akan dipanggil ke sesi taklimat yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak institut.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

En. Mohd Rizal Mohd Sham        03 8871 3389 / 017-7378798

En. Mohamad Azeem Abd Aziz   03 8871 3594/ 017-6949364


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Januari 2018  (Jumaat)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) - 4 Januari 2018"

Post a Comment