Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - 31 Januari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - 31 Januari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Jawatan Kosong 2019 di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Sejarah

Sejarah berkembangnya AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah bermulanya Bank Grameen adalah apabila Dr Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan.

Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu, Prof. Yunus mencadangkan bahawa jika golongan miskin ini diberi suntikan modal pada masa dan situasi yang betul pasti akan dapat membina sebuah pembangunan yang pesat.



Jawatan:

1. Pengurus (Pejabat Pengarah Urusan)


Kelayakan:

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Berpengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pentadbiran adalah satu kelebihan;

Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;

Mahir menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft PowerPoint;

Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;

Boleh bekerja lebih masa, bekerja berseorangan dan mempunyai ketahanan diri menghadapi cabaran;


Skop Kerja:

Membantu Pengarah Urusan dalam menyelaras program-program AIM diperingkat Ibu Pejabat, Zon, Wilayah dan Cawangan;

Menyelaras Jadual Kerja Pengarah Urusan;

Menyemak dan mengeluarkan surat-surat atas arahan Pengarah Urusan;

Menyediakan bahan-bahan bantuan/rujukan dalam mengendali program dan mesyuarat kepada Pengarah Urusan;

Menjadi liaison officer di antara pihak Pengurusan;

Melaksanakan tugasan-tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Urusan dari semasa ke semasa;


Cara memohon:

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan surat permohonan, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan lesen memandu dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan). Permohonan hendaklah sampai sebelum atau 31 Januari 2019. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kanan sampul surat.


PENGURUS BESAR
JABATAN SUMBER MANUSIA
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur
Tel: 03-6274 8810     Faks: 03-6274 8863
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)


Tarikh Tutup Permohonan :  31 Januari 2019

0 Response to "Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - 31 Januari 2019"

Post a Comment