Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 22 Januari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 22 Januari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Jawatan Kosong 2018 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kuala Lumpur
Jawatan:

1. EKSEKUTIF PEMASARAN GRED EP29


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a)  Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun;

(b)  Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma Pengajian Perniagaan (pengkhususan dalam Pemasaran) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(c) Keutamaan akan diberi kepada calon yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris;

(d) Berpengalaman lima (5) tahun dalam bidang jualan dan pemasaran iklan radio/ buku, sewaan dewan, pengurusan acara/ karnival (Event Management),  media sosial, dan perundingan latihan di sektor Awam atau swasta; serta;

(e) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik.


Bidang Tugas:

Membantu Pengurus Pemasaran dan Promosi membuat pemasaran dan jualan produk-produk IKIM yang merangkumi iklan radio/ buku, sewaan dewan, pengurusan acara/ karnival (Event Management),  media sosial, dan perundingan latihan di sektor Awam atau swasta;

Merancang secara komprehensif dan mengatur kaedah untuk mencapai keuntungan yang maksimum dalam pemasaran yang strategik dan efektif


Cara Permohonan:

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya     diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad  pengenalan,  sijil  kelahiran,  slip  gaji  terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak  dikembalikan)  melalui pos atau serahan tangan kepada:

lnstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Sumber Manusia)
Tel: 03-62046303  Faks: 03-62014189


Perokok adalah tidak digalakkan untuk memohon.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Pihak berkuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Januari 2019 (Selasa)

0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 22 Januari 2019"

Post a Comment