Jawatan Kosong di Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) - 15 Januari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) - 15 Januari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)

Jawatan Kosong 2019 di Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)

Mengenai ILMIA:

Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) yang dikenali hari ini sesungguhnya lahir daripada permulaan yang serba sederhana. Pada November 2005, Jemaah Menteri meluluskan penubuhan sebuah institut yang bebas dan dikenali sebagai Institut Perburuhan Malaysia (INPEK) untuk melaksanakan dan menyelaraskan penyelidikan dan pendidikan dalam bidang buruh dan guna tenaga. INPEK kemudiannya diberi identiti baharu sebagai Institut Sumber Manusia Kebangsaan (ISMK) pada tahun 2007. Pada dasarnya, penubuhan ISMK berperanan sebagai sebuah pusat penyelidikan kepakaran kebangsaan untuk perancangan dan pembangunan sumber manusia; hubungan industri dan undang-undang pekerjaan; pasaran buruh dan hal-hal berkaitan dengan guna tenaga. Fungsi ISMK turut merangkumi penyediaan pendidikan dan latihan bagi buruh dan guna tenaga menerusi penganjuran pelbagai seminar, bengkel, dialog, persidangan dan kursus. Satu lagi misi utama ISMK adalah untuk menyokong dasar dan strategi pembangunan sumber manusia kerajaan menerusi penyediaan input-input berasaskan bukti mengenai buruh dan guna tenaga... Baca lagi..



Jawatan:

1. Pakar Big Data Analyst
Ketua Penasihat bagi projek big data analisis jabatan. Bertanggungjawab dalam merancang dan menjalankan penganalisaan data serta penghasilan dan penulisan laporan pasaran buruh.

2. Juruanalisis Data
Ahli Matematik, Aktuari, ahli ekonomi dan Perangkawan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori, kaedah dan teknik operasi matematik, aktuari dan perangkaan, serta memberi nasihat atau menggunakan aplikasi praktikalnya dalam bidang seperti kejuruteraan, dan big data analisis jabatan.

3. Pereka Grafik
Pereka Grafik dan Multimedia mereka bentuk kandungan maklumat komunikasi visual dan audio, penerbitan dan paparan menggunakan filem, elektronik, digital dan lain-lain bentuk media visual dan audio. Mereka mencipta kesan khas, animasi, atau lain-lain imej visual untuk kegunaan dalam permainan komputer, filem, video muzik, media cetak dan iklan.

4. Pengaturcara Komputer
Daftar masuk untuk papar gaji
Bertanggungjawab membantu merancang, mereka bentuk dan mentadbir pangkalan data dan rangkaian jabatan. Terlibat secara langsung dalam projek big data analisis.

5. Pentadbir Pangkalan Data
Bertanggungjawab merancang, mereka bentuk dan mentadbir pangkalan data dan rangkaian jabatan/agensi. Pengkhususan kepada kerja- kerja Extract , Transfer, Load (ETL) modul menggunakan Business Intelligence Tools. Terlibat secara langsung dalam Big Data Analysis Jabatan.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2019 (Selasa)


Step untuk memohon melalui Jobsmalaysia:

1. Sila laman web Jobsmalaysia (KLIK SINI)


2. Sila ke Carian Pantas masukkan kata kunci : Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (dan klik cari).


3. Akan keluar senarai jawatan kosong sebagaimana di atas.


4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online


5. Semoga berjaya semua

0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) - 15 Januari 2019"

Post a Comment