Jawatan Kosong di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) - 20 Januari 2019 [4 Kekosongan] - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) - 20 Januari 2019 [4 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2019 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Jawatan Kosong 2019 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Sejarah Penubuhan

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.

Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.

Pada 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof.

Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978, majlis pelancaran TV warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28 Disember 1978. Program dalam bentuk warna yang pertama disiarkan adalah siaran langsung program Puspawarna.

Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan Kementerian Penerangan bertambah daripada hanya mengendalikan perkhidmatan penerangan dan penyiaran kepada penyaluran berita dalam dan luar negara melalui penyertaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sebelum ini diletak di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri telah menyertai Kementerian Penerangan pada tahun 1981 dengan objektif untuk membangun, menggalak dan memajukan industri perfileman tempatan. Manakala itu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) pula ditubuhkan di bawah Kementerian ini pada tahun 2000 bertujuan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu bagi memahami dan menghayati semangat kesetiaan dan cintakan negara.


Kerja Kosong : Kerajaan
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SKM/SVM

1. JURUFOTOGRAFI GRED B19

Jumlah kekosongan : 4 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Januari 2019 (Ahad) jam 11:59 malam

0 Response to "Jawatan Kosong di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) - 20 Januari 2019 [4 Kekosongan]"

Post a Comment