Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) - 21 Januari 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Jawatan Kosong 2019 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Latar Belakang

Sistem pendidikan Islam di negeri Johor Darul Ta’zim bermula sejak tahun 1923 lagi. Ianya terus berkembang hingga sekarang


eri Johor baik di peringkat rendah mahu pun di peringkat menengah telah pun mantap dan berjaya mengeluarkan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Bagi menampung permintaan pelajar lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, MARSAH telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada sistem pendidikan agama Islam di negeri Johor.

Sejarah awal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab telah wujud pada tahun 1997 apabila Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan kedudukan Maahad Johor sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai IPT.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Johor
Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM DM41/DM45 - 3 Kekosongan

2. PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN UMUM DM41 / DM45 - 3 Kekosongan

3. PENSYARAH JABATAN MUAMALAT DM45 - 3 Kekosongan

4. PENSYARAH JABATAN TAHFIZ DM41 - 1 Kekosongan

5. PENSYARAH PUSAT BAHASA DM41/DM45 - 1 Kekosongan

6. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 - 1 Kekosongan

7. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19 - 1 Kekosongan


Syarat Umum Permohonan:

Taraf Jawatan

Semua jawatan bertaraf KONTRAK/TETAP

Kewarganegaraan dan Umur

Calon-calon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Dokumen yang diperlukan

Salinan sijil akademik (sijil/diploma/ijazah) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai GRED A


Cara-cara memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) (sila download di dalam website: www.marsah.edu.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dalam HURUF BESAR dengan jelas dan terang.

Sila hantarkan permohonan ke alamat seperti berikut:

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)
JALAN HEMAN, KG. AMAN, LARKIN JAYA
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ZIM

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru sebelah kiri sampul surat anda.


Catatan Am

Permohonan yang berikut akan DITOLAK :

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup

Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan

Tidak menggunakan borang yang telah ditetapkan

Tidak Lengkap atau tidak terang

Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan

Tidak ditandatangani.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Segala urusan dan perbelanjaan temuduga ini adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri.

Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas iklan jawatan ditutup dianggap tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Januari 2019 (Isnin)

Post a Comment