Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang - 14 Januari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang - 14 Januari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang.

Jawatan Kosong 2019 di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang

Latar Belakang PBTP

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang merupakan sebuah PBT baharu yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir urus Pengerang yang sedang rancak membangun, menerusi projek mega hab petroleum dan gas - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).

PBT Pengerang diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, mesra pelabur dan mengutamakan masyarakat setempat. Bagi mencapai aspirasi dan wawasan ini, PBT Pengerang komited dalam memastikan perkhidmatan yang profesional, berwibawa dan efisien.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Johor
Jawatan:

1. AKAUNTAN WA41


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) i)  Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau

ii)  Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau

iii)  Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA). (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00).


Cara memohon:

i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masingmengikut Perintah Am 17 Bab A di bawah peraturanperaturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini;

ii. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang iaitu:    www.pbtpengerang.gov.my atau di Bahagian Sumber Manusia , Jabatan Kewangan dan Khidmat Korporat pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang dengan bayaran RM1.00/set. Sila sertakan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, dan salinan yang telah disahkan untuk semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

iii. Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

iv. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

v. Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaui laman web interaktif, http://interactive.jpagov.my/webinteraktif/frmSenaraiPengiktirafanbaru.asp dan dilampirkan bersama resume permohonan;

vi. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
PBT PENGERANG
NO. 7 JALAN KEMPAS 1
TAMAN DESARU UTAMA
81930 BANDAR PENAWAR
KOTA TINGGI, JOHOR


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2019 (Isnin)



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang - 14 Januari 2019"

Post a Comment