Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 18 Januari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 18 Januari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.


Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) GRED N19 


Syarat dan Kelayakan:

Calon-calon hendaklah mempunyai kelayakan berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia

(c) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup

(d) Mendapat Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan mendapat Kepujian dalam Empat (4) mata pelajaran lain berkaitan diperingkat SPM

(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:

Mahir dalam penggunaan komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excell dan lain-lain
Mahir dalam programming language (C++, HTML Java dll), media sosial.
Mampu mengkoordinasi majlis (pengacara majlis, pengurus majlis dll),
Boleh berbahasa Inggeris


Cara memohon:

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan (SOK/BUM/BR03/Jawatan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman web Pendaftar UPM di alamat http://reg.upm.edu.my/reg/index.php. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pusat Antarabangsa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
(u/p: Puan Saliza Mustafa)


Peraturan Memohon:

Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan salinan sijil-sijil persekolahan / pelajaran serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Januari 2019 (Jumaat), jam 5.00 petang.


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 18 Januari 2019"

Post a Comment