Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 6 Februari 2019 [1,526 Kekosongan] - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 6 Februari 2019 [1,526 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2019 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH)

Jawatan Kosong Kerajaan 2019 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Latar Belakang

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.


Like Page Khas - Kerja Kosong Kesihatan
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SPM (V)

1. LATIHAN SEPARA PERUBATAN

- Latihan Bertaraf Sijil = 126 Kekosongan
- Latihan Bertaraf Diploma = 1,399 Kekosongan

Jumlah kekosongan : 1,526 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 06 February 2019 (Ahad) jam 11:59 malam

0 Response to "Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 6 Februari 2019 [1,526 Kekosongan]"

Post a Comment