Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri - 1 Mac 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Jawatan Kosong 2019 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Latar Belakang

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.

Program-program latihan tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran ketika melaksanakan tugasan baik di dalam negera mahupun luar negera. Selain itu, para peserta kursus di IDFR turut ditawarkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Arab.



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 1 Kekosongan

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - 9 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 1 Mac 2019 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment