Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 1 Mac 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 1 Mac 2019

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Lembaga Teknologis Malaysia

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Sejarah

Selaras dengan usaha untuk memantapkan fungsi dan peranannya selaku peneraju agenda STI negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membentangkan Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2014 dan dipersetujui di Dewan Rakyat pada 2 April 2015 lalu. Rang Undang-undang ini akan dibentangkan semula di Dewan Negara dalam tempoh terdekat sebelum diluluskan menjadi Akta Teknologis dan Juruteknik 2014 yang akan memberi laluan kepada penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Penubuhan MBOT akan memberi pengiktirafan kepada kerjaya teknologis dan memperkasa pendidikan teknik dan latihan vokasional (TEVT).


Like Page Khas - Kerja Kosong di Putrajaya
Jawatan:

1. Pembantu Operasi N11


Syarat-Syarat Lantikan:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(iii) Kelayakan masuk:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(b) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15);

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Keutamaan kepada calon yang memiliki kenderaan ke tempat kerja dan mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

(e) Calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan untuk dipanggil dalam sesi temuduga.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh tutup permohonan : 01 Mac 2019 (Jumaat)


0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 1 Mac 2019"

Post a Comment