Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - 6 Mac 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - 6 Mac 2019

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Utara Malaysia (UUM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tentang UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan “Projek Universiti Keenam”, di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam yang diberi nama Universiti Utara Malaysia ini dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra.

Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke kampusnya yang pertama – Kampus Darul Aman di Jitra – pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan bagi menyambut ketibaan sekumpulan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984. Kampus tersebut didirikan di atas satu kawasan seluas 62 ekar di Bandar Darulaman, iaitu 18 km ke Utara Alor Setar dan 4.8 km dari Jitra.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kedah
Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. BENDAHARI GRED VU7 

2. PEGAWAI TADBIR GRED N48 (UUM KUALA LUMPUR) (KONTRAK) 

3. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 

4. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41 

5. PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B29 

6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29 

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (KONTTRAK) 

8. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N29 

9. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 

10. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19 

11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (KONTRAK) 

12. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (KONTRAK) 

13. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11 


Cara Memohon:

Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/ - link admin sediakan di bawah. Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.
 

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mac 2019 (Rabu)


Klik Iklan Lengkap Jawatan

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - 6 Mac 2019"

Post a Comment