Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) - 24 Mac 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) - 24 Mac 2019

Jawatan Kosong 2019 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS)

Jawatan Kosong 2019 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS)

Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ( SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Fasal 97(9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang – Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-

“ Tertakluk  kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan-peruntukan bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan yang diliputi bidang kuasanya.”

Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya  boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan  kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.



Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Jawatan:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29

3. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

4. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam ) Gred JA19

6. Pembantu Tadbir (P/O) N19

7. Penyelia Asrama Gred N19

8. Pembantu Syariah Gred LS19

9. Pembantu Tadbir (Kew) Gred W19

10. Penghantar Notis Gred N11


Tarikh Tutup Permohonan : 24 March 2019 (Ahad)

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) - 24 Mac 2019"

Post a Comment