Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 10 April 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.



Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Like Page Khas - Kerja Kosong di Negeri Sembilan
Jawatan:

1. Juruterapi Pergigian U29
Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan kepada staf, pelajar dan pelanggan.
Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan pergigian yang spesifik untuk kesihatan mulut yang optimum.
Bertanggungjawab dalam operasi pentadbiran dan pengurusan serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa  oleh Ketua Jabatan.

2. Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip) H19
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat  serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa  oleh Ketua Jabatan.

3. Pembantu Akauntan W19
Bertanggungjawab membantu aktiviti promosi, pelan pemasaran produk Pusat Wakaf dan Zakat USIM.
Membantu kerja-kerja kewangan melibatkan kutipan zakat dalam USIM (AMIL), perbelanjaan dan pembayaran, laporan berkala  serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.

4. Pemandu Kenderaan H11
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Berpengalaman mengendalikan bas dengan baik serta bertanggungjawab menjaga bas di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

5. Pengawal Keselamatan KP11
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

6. Pembantu Operasi N11
Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan.

7. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menerusi website http://www.usim.edu.my  mulai 28 Mac 2019 (Khamis) (Rabu).  Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 April 2019 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap & Cara Mohon

Klik Untuk Mohon Secara Online

Post a Comment