Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - 12 Mei 201 [26 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pengenalan

Sejarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bermula pada 22 Ogos 1934 melalui penubuhan Malayan Establishment Office (MEO) atau Pejabat Perjawatan Malaya yang beroperasi di City Hall, Singapura. Apabila pentadbiran dipindahkan ke Tanah Melayu pada tahun 1954, Jabatan ini turut dipindahkan ke Kuala Lumpur dan beribu pejabat di Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin. Pertambahan fungsi dan saiz seterusnya memerlukan Jabatan ini berpindah ke lokasi baru di Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman seterusnya ke Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara sebelum berpindah ke Wisma Bernama, Jalan Tun Razak. Bagi memudahkan pelanggan berurusan, beberapa Bahagian yang menyediakan perkhidmatan kaunter telah ditempatkan di pusat bandaraya Kuala Lumpur seperti Cawangan Perundingan dan Rekod di Wisma PKNS, Jalan Raja Laut, Bahagian Pencen di Bangunan KWSG, Jalan Kampung Attap dan Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya di Bangunan PERKIM, Jalan Raja Laut.


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  IJAZAH

1. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 - 26 Kekosongan


Syarat Lantikan:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(ii)
ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.32); atau

(iv) ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Mei 2019 (Ahad) jam 11:59 malam


Post a Comment