Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) - 14 Mei 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Latar Belakang

Sebelum tahun 1956, Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis terletak di bawah "Town Board Enactment F.M.S. Cap 137" yang melibatkan tujuh kawasan pekan iaitu Kangar, Arau, Kuala Perlis, Simpang Empat, Kaki Bukit, Padang Besar dan Pauh. Keseluruhan kawasan Kerajaan Tempatan adalah seluas 2,848 kilometer persegi dengan bilangan penduduknya seramai 13,910 orang.

Kawasan Kerajaan Tempatan pada ketika itu, telah ditadbir oleh Lembaga Kesihatan atau dikenali oleh masyarakat setempat sebagai "Sanitary Board". Pengerusi lembaga berkenaan adalah Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dengan dibantu oleh 11 orang Ahli Lembaga yang berkuasa memberi nasihat kepada Pesuruhjaya tersebut. Dari segi kewangan, anggaran perbelanjaan dan hasil disediakan sama seperti jabatan kerajaan yang lain iaitu sebahagian daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri disamping sebahagian lagi oleh Kerajaan Tempatan sendiri. Baca lagi..


Like Page Khas - Kerja Kosong di Perlis
Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI TEMPAT LETAK KERETA N11
Sambilan (PSH)


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia ;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan dan

2 (ii) memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan P] ; dan

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mei 2019 ( Selasa ), jam 5.00 petang.


Klik Untuk Baca Maklumat Perjawatan

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment