Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) - 8 Ogos 2018

1 comment
Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Latar Belakang

Disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973.

Setelah KADA diwujudkan, Kerajaan Negeri Kelantan pula menyusuli tindakan dengan meluluskan Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 (Enakmen no.2 Tahun 1972 Kelantan) membolehkan Menteri Pertanian dan Perikanan melaksanakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 mulai 1 Ogos 1972.

Kampung Kemubu terletak di tebing Sungai Kelantan, 30km dari Kota Bharu telah disemadikan namanya dalam lipatan sejarah KADA. Di situlah terbina sebuah rumah pam membekalkan air ke Rancangan Pengairan Kemubu (RPK), rancangan terbesar dalam gugusan rancangan-rancangan pengairan lain yang dipersatukan di bawah kuasa pengendalian KADA.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kelantan
Jawatan:

1. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19 (5 Kekosongan)


Syarat Lantikan:

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1353.00) ; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1409.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1465.80); atau

(v) Siil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1465.80).

dan (b) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang- kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

b) Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 8 Ogos 2018 . Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

c) Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan

(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Ogos 2018 (Rabu)


1 comment

Post a Comment