Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 27 Julai 2018

1 comment
Jawatan Kosong 2018 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dan keutamaan kepada Anak Negeri Perak

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) www.banyakjawatan.my


Sejarah MAIPk

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British. Negeri Perak menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar, yang telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Perak
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29


Ringkasan Tugas:

1. Mengenalpasti kontraktor yang didaftarkan mengikut bidang kerja dan menyelia serta memantau kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik. 

2. Menyemak rekabentuk awal bangunan dan memastikan keperluan-keperluan teknikal kejuruteraan yang dicadangkan oleh pihak perunding / pemaju yang dilantik menepati kehendak MAIPk.

3. Menyelia kerja-kerja teknikal yang melibatkan semua premis, bangunan wakaf dan baitulmal serta pejabat pentadbiran Majlis Daerah.

4. Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak.


Syarat Lantikan:

(i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred JA29 ialah RM1,549.00]; atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred JA29 ialah RM1,935.02]; 

dan

(iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2017) yang boleh didapati melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul  Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti  sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 27 Julai 2018 (Jumaat)  ke alamat berikut –

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub Unit Perjawatan)

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Julai 2018 (Jumaat)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan


Klik Untuk Baca Iklan & Borang Permohonan

1 comment

Post a Comment