Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

65 comments
Perintah atau warta yang diwar-warkan oleh Menteri KSM telah pun keluar. Admin sediakan Warta ini dalam bentuk pdf untuk membolehkan anda muatturun dan print untuk semakan dan simpanan korang tidak kira anda adalah pekerja atau majikan. Admin juga akan mengupas sedikit bagi memudahkan permahaman kita semua.

1. LINK MUATTURUN WARTA PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

Berikut adalah link untuk korang muatturun Warta Perintah Gaji Minimum 2022 - Klik Sini

Admin ambil perenggan penting sahaja di dalam Warta Perintah Gaji Minimum 2022 untuk bacaan dan untuk diringkaskan selepas perenggan-perenggan penting ini.

Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

2. PERENGGAN PENTING DALAM WARTA PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022

4. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah seperti yang berikut:


(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh—(a) seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih; dan

(b) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia. (rujuk penjelasan lanjut yang admin sediakan dibawah)


Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023

5. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah seperti yang berikut:


(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).


Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022

6. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah seperti yang berikut:



(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah tidak kurang daripada kadar seperti yang berikut:


(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).


3. KESIMPULAN

Untuk senang faham, admin ringkaskan seperti di bawah:-


1) MULAI 1 MEI 2022 WAJIB BAYAR RM1500

i - Jika majikan mempunyai 5 atau lebih pekerja.
ii -Tidak kira berapa jumlah pekerja, asalkan majikan menjalankan suatu aktiviti profesional (rujuk penjelasan lanjut yang admin sediakan dibawah)


2. MULAI 1 MEI 2022 HINGGA 31 DIS 2022

i - jika majikan mempunyai kurang pekerja dari 5 orang. 

Kekal gaji RM1200/RM1100 ikut kawasan bandaraya/perbandaran/daerah


3. MULAI 1 JANUARI 2023

Semua majikan perlu bayar gaji pokok RM1500, tiada pengecualian.


4.  PENJELASAN MENGENAI PENGKELASAN AKTIVITI PROFESIONAL DI BAWAH MALAYSIA STANDARD CLASSIFICATION OF OCCUPATIONS (MASCO)

Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional, contohnya seorang doktor yang menjalankan perniagaan klinik kesihatan, dikategorikan sebagai suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah MASCO dikehendaki mematuhi Perintah ini mulai 1 Januari 2013 tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan. 

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: 

Profesional, terdapat tujuh kumpulan sub utama iaitu: 

(a) Profesional Sains dan Kejuruteraan; 
(b) Profesional Kesihatan; 
(c) Profesional Perguruan; 
(d) Profesional Perniagaan dan Pentadbiran; 
(e) Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi; 
(f) Profesional Undang-Undang, Sosial dan Kebudayaan; dan 
(g) Profesional Perkhidmatan Hospitaliti, Runcit dan Perkhidmatan Lain.


PIAWAIAN PENGELASAN PEKERJAAN MALAYSIA (MASCO) 2008  EDISI KETIGA 

KUMPULAN UTAMA 2 - PROFESIONAL 

Profesional meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada, mengaplikasikan konsep dan teori sains atau seni, mengajar tentang apa yang berlaku secara sistematik, atau melibatkan diri dalam mana-mana gabungan daripada ketiga-tiga aktiviti ini. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan ini memerlukan kemahiran pada tahap yang keempat. 

21 PROFESIONAL SAINS DAN KEJURUTERAAN 
211 Ahli Fizik, Kimia, dan Profesional Berkaitan 
212 Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan 
213 Profesional Sains Hayat 
214 Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi) 
215 Jurutera Elektroteknologi 
216 Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka 
217 Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/Lokomotif 
218 Profesional Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan 

22 PROFESIONAL KESIHATAN 
221 Doktor Perubatan 
222 Profesional Kejururawatan dan Perbidanan 
223 Profesional Perubatan Tradisional dan Komplementari 
224 Pengamal Paramedikal 
225 Pakar Veterinar 
226 Profesional Kesihatan Lain 

23 PROFESIONAL PERGURUAN 
231 Profesional Perguruan Universiti Dan Pendidikan Tinggi 
232 Guru Pendidikan Vokasional 
233 Guru Pendidikan Menengah 
234 Guru Pendidikan Rendah Dan Prapendidikan Rendah 
235 Guru Muzik, Seni, Dan Seni Persembahan 
236 Guru Bahasa 
237 Guru Agama 
238 Pengajar Kemahiran Teknologi Dan Teknikal 
239 Profesional Perguruan Lain 

24 PROFESIONAL PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN 
241 Profesional Kewangan 
242 Profesional Pentadbiran 
243 Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam 
244 Profesional Badan Pengawalaturan 

25 PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 
251 Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi 
252 Profesional Pangkalan Data dan Pentadbir Sistem 

26 PROFESIONAL UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEBUDAYAAN 
261 Profesional Undang-Undang 
262 Pustakawan, Juruarkib, dan Kurator 
263 Profesional Sosial, Keagamaan dan Yang Berkaitan 
264 Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik 
265 Artis Kreatif dan Persembahan 

27 PROFESIONAL PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT DAN PERKHIDMATAN LAIN 
271 Profesional Hotel, Restoran, Hospitaliti dan Berkaitan 


*Jika tidak faham, boleh komen di bawah. Admin usaha untuk jawab semua soalan anda.

Oleh admin banyakjawatan.my
28/04/2022
9:58 pagi

65 comments

  1. kalau kilang perabot termasuk x

    ReplyDelete
  2. kerajaan pn ada ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni untuk sektor swasta sahaja

      Delete
    2. Mksdnya guru sekolah rendah kerajaan x terlibat?

      Delete
    3. Kalau cikgu kerajaan gaji dah tinggi kan? ke cikgu yg awak maksudkan cikgu kerajaan yang macam mana?

      Delete
  3. Tadika Dalam kategori prapendidikan rendah betul ke?.

    Bagaimana pula dengan Taska ? Mengasuh anak seawal 2 bln ke 4 thn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuk jika pekerja adalah di bawah tafsiran "pekerja" sebagaimana jadual pertama akta kerja 1955

      Delete
  4. kalau syarikat insuran?

    ReplyDelete
  5. kalau kedai percetakan termasuk ke ?

    ReplyDelete
  6. kerani office kene jugak ke?

    ReplyDelete
  7. ini untuk semua pekerja (asing & tempatan) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. tempatan swasta dan pekerja asing legal

      Delete
  8. Bagaimana dengan Pengasuh/Guru Taska?

    ReplyDelete
  9. koperasi kira kumpulan 2 profesinal juga ke?

    ReplyDelete
  10. tukang kebun….?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang kebun persendirian atau majikan yg dapat kontrak dengan sekolah atau mana-mana jabatan?kalau persendirian x, kalau kerja dengan majikan yang dapat tender tu termasuk jika penuhi syarat di atas

      Delete
  11. pembantu klinik?

    ReplyDelete
  12. kalau service centre termasuk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuk..jika lebih 5 atau lebih pekerja, start 1/5/2022..jik akurang, start 1/1/2023

      Delete
  13. Sektor perladangan..?

    ReplyDelete
  14. Juruwang stesen minyak dpat juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. swasta semua terlibat, cuma tengok bila mulanya samaada 1/5/2022 atau 1/1/2023

      Delete
  15. pemandu bas atau lori terlibat?

    ReplyDelete
  16. gerai jual air ..?

    ReplyDelete
  17. pekerja baru mcmne pulak mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekerja baru kalau cukup syarat untuk di bayar 1500, tetap kena bayar 1500 jgk

      Delete
  18. Jika pekerja di klinik swasta berpendidikan SPM atau kurang, jumlah pekerja hanya 3 orang, gaji minimum RM1500 bermula 1/5/2022 @ 1/1/2023?

    ReplyDelete
  19. salam. kerja kapal terlibat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..pekerjaan kapal yang macam mana ni?

      Delete
  20. Sekiranya penjual kosmetik dibawah perniagaan pekerja digalakkan kenaikan gaji 1500 ke?

    ReplyDelete
  21. Kalau berkerja sebagai hiasan bunga di jabatan landskap . Dpt jga ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika memenuhi syarat di atas, akan dapat juga gaji 1500

      Delete
  22. Replies
    1. jawatan apa?kalau staff lebih 5 dan ke atas, kena start terus 1.5.2022 ni

      Delete
  23. Macam mana kalau pekerja tu cuma bekerja 3-4 jam sehari selama 6 hari seminggu? Macam mana nak hitung kadar gaji? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah, walaupun 3 4 jam sehari still majikan kena bayar gaji mengikut jam yang dah ditetapkan kadarnya. Rujuk keterangan di atas. Kalau sehari 3 4 jam, sebulan mmg tak dapat la gaji 1500 tu.. tapi majikan wajib ikut kadar gaji sejam yg ditetapkan

      Delete
    2. Terima kasih

      Delete
  24. Professional undang-undang tu termasuk firma guaman ke?

    ReplyDelete
  25. kalau pekerja kedai makan?

    ReplyDelete
  26. Kalau saya sektor kontraktor sebagai kerani wajib start dari bila ye ? kalau majikan masih belum belum bayar sampai sekarang mac 2023 ape tindakan ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekerja ada berapa org? kalau 5 orang ke atas, majikan wajib bayar start 1 Mei 2022, jika 4 orang ke bawah pekerja, mula 1 julai 2023 nanti

      Delete
  27. majikan masih belum bayar gaji basic , sy kerani kontraktor ape tindakan ye,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat aduan dengan JTK, boleh buat melalui online (fwcms)

      Delete
  28. gaji minimum untuk jurutera elektroteknologi yang ade sarjana muda ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yang ada gaji minimum, paras gaji terendah iaitu RM1500. Kalau minimum gaji untuk ikut level kelulusan, takde ditetapkan oleh kerajaan.

      Delete
  29. Pekerja kontrak pembersihan adakah tersenarai juga dalam kenaikan gaji rm 1500 pada 1 julai 2023

    ReplyDelete
  30. Kalau perkerja pembantu jualan contoh menjual alat2 untuk keperluan bangunan simen,besi tapi berada di luar kawasan perbandaran adakah layak menerima gaji minima 1500? Pekerja pula baru ada 3 org tapi ada anak bos juga kerja dlm kedai tu ada 2 orang anak bos...adakah anak bos itu boleh diketogorikan sebagai perkerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak jer..mulai bulan julai, syarat bilangan pekerja sudah tiada. tak kira berapa orang pekerja, perlu bayar 1500

      Delete
  31. pekerjaan seperti florist/florist designer/florist assistant di bawah katergori apa tuan?

    ReplyDelete

Post a Comment