BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Jobs

Jawatan Kosong di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) - 2 November 2026

Jawatan Kosong 2026 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM / SPM & SKM

1. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W1 - [198 KEKOSONGAN]

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680,00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,500.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  


Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan iklan pengambilan yang diterbitkan melalui saluran rasmi SPA9. Pemohon disarankan untuk merujuk pautan sumber rasmi yang disediakan bagi menyemak syarat kelayakan, tatacara permohonan dan maklumat berkaitan.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 November 2026 (Khamis) jam 11:59 malam



Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
Latar Belakang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merupakan sebuah jabatan kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab mengurus dan memperkukuh sistem perakaunan serta pengurusan kewangan sektor awam. Jabatan ini memainkan peranan penting dalam penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, pengurusan pembayaran dan terimaan kerajaan serta pelaksanaan dasar dan piawaian perakaunan sektor awam. Melalui pengurusan kewangan yang sistematik, JANM membantu memastikan urusan kewangan kerajaan dilaksanakan secara teratur, telus dan berakauntabiliti.

Selain mengendalikan perakaunan kerajaan, JANM turut menyediakan perkhidmatan perundingan, latihan dan pembangunan kompetensi dalam bidang perakaunan serta pengurusan kewangan awam. Operasi jabatan ini melibatkan bidang perakaunan, kewangan, pengauditan dalaman, teknologi maklumat, pengurusan sistem dan pentadbiran. Melalui penggunaan teknologi digital serta penambahbaikan sistem perakaunan kerajaan, JANM terus berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan negara dan memperkukuh tadbir urus sektor awam.