Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - 19 Oktober 2026
Jawatan Kosong 2026 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Jawatan:
1. PEKERJA UPAHAN [7 KEKOSONGAN]
Taraf Jawatan : Pekerja Upahan ( Sambilan )
Penempatan : Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor
Gred / Jadual Gaji : Harian 1 Jam x RM 7.21 ( 8.00pg – 5.00 ptg )
Sehari RM 57.69
Elaun – Elaun : KWSP dan Perkeso : Ada
Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia.
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iv) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.
v) Sihat tubuh badan dan boleh bekerja dalam pasukan.
Bidang Tugas :
i) Membantu dalam aktiviti-aktiviti di PMMF Kuala Selangor.
ii) Bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai pekerja am.
iii) Membantu kerja operasi pemprosesan makanan.
iv) Tugas-tugas lain yang diarahkan pengurusan
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Oktober 2026 (Isnin)
* Sila klik link yang admin sediakan di bawah untuk membaca iklan dan maklumat lengkap
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merupakan sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang bertanggungjawab memperkukuh pemasaran hasil pertanian negara. Ditubuhkan pada 30 September 1965, FAMA memainkan peranan dalam membantu petani dan usahawan agromakanan memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan. Agensi ini turut menyokong pembangunan rantaian bekalan makanan, peningkatan kualiti produk dan peluasan akses pasaran. Usaha tersebut membantu meningkatkan pendapatan pengusaha pertanian serta memperkukuh industri agromakanan Malaysia.
Antara aktiviti utama FAMA ialah penganjuran Pasar Tani, pembangunan pusat pemasaran, promosi produk tempatan serta pelaksanaan program bimbingan keusahawanan. FAMA turut menyediakan sokongan berkaitan penggredan, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil pertanian bagi meningkatkan daya saing produk. Operasi agensi melibatkan bidang pemasaran, pertanian, pengurusan perniagaan, logistik, kewangan, pentadbiran dan teknologi maklumat. Melalui kerjasama dengan petani, usahawan dan pihak industri, FAMA terus menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian serta pengukuhan ekonomi masyarakat luar bandar.
