Jawatan Kosong di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) - 7 November 2026
Jawatan Kosong 2026 di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM)
Jawatan:
PERYATIM BINTULU
1. PENGAWAL KESELAMATAN
Lokasi : Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman, Bintulu
Kekosongan : 1 Kekosongan
Kelayakan & Syarat Lantikan:
- Lelaki
- Warganegara Malaysia
- Berumur 25 tahun dan ke atas.
- Memiliki minimum PMR/PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya selama 2 tahun sebagai pegawai keselamatan.
- Kesihatan yang baik.
Deskripsi Tugas:
- Membuat rondaan secara berkala di dalam kompleks.
- Merekod dan mengawal pintu utama kompleks.
- Menghubungi pihak pengurusan dan pihak berkuasa jika berlaku kecemasan dan perkara yang mencurigakan.
- Membuat laporan harian berkenaan keselamatan kompleks.
Cara Memohon:
Calon yang berminat diminta menghantar :
- Surat permohonan.
- Resume lengkap dengan gambar berukuran pasport.
- Salinan Sijil PMR/PT3 yang telah disahkan.
- Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
- Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan.
- Salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.
Hantar Permohonan Kepada:
Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman
Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak Charitable Trust (PERYATIM)
Lot 9069, Blok 31, Kemena Land District,
97000 Bintulu, Sarawak.
atau hantar permohonan lengkap ke
E-mail : hr.peryatimhq@gmail.com
Sumber Maklumat Jawatan:
Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan hebahan pengambilan yang dikongsikan melalui Facebook oleh pihak berkaitan. Calon yang berminat digalakkan untuk merujuk hantaran asal melalui pautan sumber yang disediakan bagi mendapatkan maklumat permohonan yang lebih terperinci.
Tarikh Tutup Permohonan : 07 November 2026 (Sabtu)
Pautan Iklan Asal : Lihat Iklan Asal ↗
Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang memberi tumpuan kepada penjagaan, perlindungan dan pembangunan anak-anak yatim di negeri Sarawak. PERYATIM berperanan menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif bagi membantu anak-anak di bawah jagaannya membesar dengan sempurna. Melalui penyediaan kemudahan tempat tinggal, pendidikan, bimbingan agama dan sokongan kebajikan, organisasi ini berusaha memastikan keperluan asas serta kesejahteraan anak-anak yatim sentiasa diberikan perhatian.
Selain menyediakan perkhidmatan penjagaan, PERYATIM turut melaksanakan pelbagai program pembangunan sahsiah, pendidikan, kemahiran dan aktiviti kemasyarakatan bagi membentuk keyakinan serta potensi diri anak-anak yatim. Pengurusan organisasi ini melibatkan bidang kebajikan sosial, pendidikan, pengurusan asrama, kaunseling, kewangan dan pentadbiran. Melalui kerjasama dengan agensi kerajaan, badan korporat dan masyarakat setempat, PERYATIM terus berusaha memperkukuh perkhidmatan kebajikan serta membantu anak-anak yatim membina masa depan yang lebih baik.
-banyakjawatanmy.png)