BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Jobs

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 7 November 2026

Jawatan Kosong 2026 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:


Jawatan:

AKADEMIK PUSAT TAMHIDI USIM

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PUSAT TAMHIDI GRED DG9

Program: Program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (TPM)

Taraf Jawatan: Tetap


Syarat & Kelayakan Minima:

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan DAN Diploma Pendidikan (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya); ATAU

Sarjana Muda Pendidikan di dalam lapangan Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan.


Cara Permohonan:

1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan mengimbas Kod QR pada poster atau klik pautan borang permohonan yang admin sediakan di bawah.

2. Pastikan setiap maklumat diisi dengan betul dan dokumen sokongan dimuat naik dengan lengkap sebelum menghantar permohonan.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.


Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan hebahan pengambilan yang dikongsikan melalui Facebook oleh pihak berkaitan. Calon yang berminat digalakkan untuk merujuk hantaran asal melalui pautan sumber yang disediakan bagi mendapatkan maklumat permohonan yang lebih terperinci.


Tarikh Tutup Permohonan : 07 November 2026


Pautan Iklan Asal : Lihat Iklan Asal ↗

Pautan Permohonan : Permohonan Online↗

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia USIM-banyakjawatan
Latar Belakang

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) sebelum dikenali sebagai USIM pada tahun 2007. USIM memberi tumpuan kepada pendekatan pendidikan yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, merangkumi bidang pengajian Islam, sains, teknologi, perubatan, pergigian, ekonomi, undang-undang dan pelbagai disiplin profesional.

USIM menawarkan program pengajian di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah serta menjalankan aktiviti penyelidikan, inovasi dan khidmat masyarakat. Pengurusan universiti ini melibatkan pelbagai bidang termasuk akademik, penyelidikan, pentadbiran, kewangan, teknologi maklumat, kejuruteraan dan pengurusan kemudahan kampus. Melalui pembangunan ilmu pengetahuan, kerjasama industri dan pengukuhan jaringan antarabangsa, USIM terus berusaha melahirkan graduan berkemahiran, berintegriti dan berdaya saing serta menyumbang kepada kemajuan pendidikan tinggi negara.